Sunday, January 7, 2018

Analogi Bulan Matahari

Assalamualaikum wbt.

Bulan.

Di kala malam menjelma bulan pasti memunculkan dirinya, sambil ditemani bintang berkerlipan dan langit malam yang gelap.

Indah bukan?

Di kejauhan, bila kita lihat siapa pun pasti kagum dengan keindahan bulan itu. Sehingga pungguk pun rindukan bulan.

Tapi analoginya kita semua tahu yang indah itu hanya cahayanya. Cahaya bulan. Realitinya, bulan itu buruk di penuhi kawah-kawah kasar yang dalam menghisi permukaannya.

Jadi mana datang keindahan itu?

Cahaya mentari yang cukup dibenci oleh para manusia di siang hari kerana cahaya itu membakar kulit mereka.

Sedih bukan menjadi Matahari ini?.

Di siang hari, manusia mendabik dada mengatakan benci kerana haba menggigit kulit manja mereka, tetapi di malam hari mereka memuji cahaya yang di pinjam kepada bulan.

Dasar manusia sombong lupa daratan.

Tanpa matahari,mereka sedar atau tidak bahawa dunia ini akan kelam? Tanpa matahari masakan baju yang mereka basuh akan kering? Tanpa matahari orbit planet tidak dapat bertahan di tempat masing-masing?

Sedarkah?

Analogi ini dapat di samakan dengan kehidupan manusia yang lebih menghargai keindahan berbanding fungsi.

Bila sesuatu fungsi itu hilang barulah mereka seperti cacing yang kepanasan.

Renungkan.


- Bab Satu, Dua Kosong Satu Lapan.
xoxo                       


No comments: