26 days of break up. 💘
Hai dear myself, sudah lama nampaknya diri ini tidak menulis. Last time, jiwa masih bahagia sedang dibungai kasih sayang dari seorang yang bernama lelaki. Lelaki yang menjanjikan bahagia, bulan bintang janji setia.
How my feeling right now? 💔
Great. I survive for like 26 days without him. Dan sebenarnya lebih dari 26 hari, kerana 26 hari itu hanyalah sekadar angka rasmi aku minta dilepaskan secara baik.
Dan hari ini, diri ini decide untuk menulis apa yang dia lalui dan dia rasai di sini, di ruang pertama yang dia kenali untuk ekspresikan diri dia. Di ruang ini aku bebas untuk mengatakan pendirian aku kerana ini adalah medium yang aku cipta.
Hari ini jelas bukti semakin terang bahawa keputusan yang aku buat itu adalah betul. Percayalah, permintaan yang aku buat tu, akulah insan paling terluka. Tapi tiada siapa tahu, betapa terlukanya sekeping hati ini. Dunia cuma nampak yang dia sedang seronok bergelak ketawa, berhibur bersama rakan-rakan. Sedangkan dia juga menangisi nasib dia, mengenang effort yang dia taburkan, kasih sayang yang dia curahkan, masa yang dia korbankan selama SEMBILAN BULAN kepada lelaki itu.
I keep it silent, when you decide to openly post on your socmed, I still can ignore it even when your friend mock me in socmed. Berdiam bukan membuatkan kau nampak lemah, tapi kau penat nak berhujah dengan orang yang sekadar mahu melihat apa yang dia ingin lihat.
Kepada awak, sedarlah awak sedar yang awak ada kesilapan. Perakuilah dan ubahlah, jangan seronok sangat 'play victim' macam yang awak selalu katakan tentang ex awak tu. Ubahlah perangai awak yang mana boleh ubah demi kebahagian awak juga. Untuk awak saya doakan awak berjumpa yang terbaik yang awak rasakan.
Kepada rakan-rakan awak yang di kasihi, sedarlah dari hari pertama saya bergelar makwe kawan baik awak tu. Tidak pernah sikit pon saya persoalkan, tidak pernah saya hasut, tidak pernah saya halangi hubungan korang. Andai kata anda marah kerana mendiamkan diri, kawan awak tu sendiri decide untuk tidak umumkan hubungan ini. Saya cemburu, saya marah saya simpan sendiri, walaupon saya tahu selama sembilan bulan saya bercinta dengan kawan baik awak tu sikit pun awak semua tak mahu jatuhkan ego untuk terima saya dalam kehidupan kawan baik awak tu. Untuk awak semua, ketahuilah awak tak berhak untuk memiliki dia, kerana dia dan awak bakal menjalani kehidupan berbeza.
Kepada diri sendiri, awak juga ada kesilapannya jangan bersedih. What ever happened there is reason behind that. Trust Allah, behind rain there will be a rainbow. Kumpul kekuatan, kejar cita-cita, bahagaikan orang-orang yang tahu menghargai diri anda dan kembali stronger. I wish you dearself, best of luck.
Coretan di pagi buta. 💋
XoXo,
Angan Khayalan 🌺.